Kepimpinan Pendidikan Dalam Era Kecerdasan Buatan
Introduction
Program ini dibangunkan khusus bagi membantu pemimpin pendidikan memahami implikasi strategik Artificial Intelligence (AI) terhadap kepimpinan sekolah, pengajaran dan pembelajaran, budaya organisasi pendidikan, tadbir urus, integriti akademik dan masa depan sistem pendidikan negara. Program ini tidak memfokuskan aspek teknikal pembangunan AI, tetapi memberi penekanan kepada bagaimana pemimpin pendidikan perlu memahami, mengurus, mengawal dan memanfaatkan AI secara strategik dalam konteks sekolah dan organisasi pendidikan. Realiti semasa menunjukkan bahawa ramai pemimpin pendidikan masih melihat AI sebagai isu teknologi semata-mata, sedangkan AI sebenarnya akan mengubah cara pelajar belajar, cara guru mengajar, cara sekolah membuat keputusan, cara prestasi dinilai, cara kandungan dihasilkan, serta cara kepimpinan pendidikan perlu berfungsi. Jika pemimpin pendidikan gagal memahami perubahan ini, sekolah berisiko menjadi semakin tidak relevan, reactive dan sukar mengawal isu integriti akademik, ketidaksamaan pembelajaran, kebergantungan teknologi dan perubahan tingkah laku pelajar generasi baharu. Program ini sesuai untuk Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Pegawai PPD/JPN, Pemimpin Pertengahan, peserta NPQEL, pengurus pendidikan dan pemimpin institusi pendidikan.
Introduction
Programme Outline
Whatβs inside this outline?
This outline provides a structured overview of the programmeβs objectives, key topics, and learning flow. It is intended to help you assess relevance and suitability before engaging further.
Resources
Kepimpinan Pendidikan Dalam Era Kecerdasan Buatan
Interested in this programme?
Explore how this programme and its related resources can support your learning goals, organisational needs, or professional development.
- β Comprehensive programme content
- β Supporting articles and infographics
- β Practitioner-led insights
- β Suitable for multiple learning contexts
Or email us at training@hba.com.my