Government
Program Pra-persaraan
What this infographic shows
merupakan dunia baru para kakitangan samada disektor kerajaan mahupun swasta
yang telah sampai ke usia emas. Di dalam menempuh dunia persaraan ini kakitangan yang
terlibat memerlukan banyak persediaan mental dan emosi memandangkan mereka akan
melangkah ke alam yang mungkin lebih mencabar atau sebaliknya. Oleh yang demikian,
kursus Pra Persediaan Persaraan ini disediakan untuk membimbing para peserta mendapatkan
sedikit panduan di dalam mengisi dan memenuhi keperluan masa selepas persaraan. Program
persediaan pra - persaraan adalah merupakan satu pendekatan yang komprehensif bagi
memberi motivasi dan penerangan berkaitan bidang-bidang kursus yang boleh diikuti
mengikut minat dan perancangan bakal pesara.
Β
Program yang dijalankan selama 2 hari ini akan membuka minda bakal-bakal pesara bagi
menghadapi persediaan dari segi fizikal dan mental, disamping mengenalpasti peluang-
peluang kerjaya di dalam perniagaan. Selain membantu dari segi perancangan masa hadapan,
program ini turut bertujuan untuk membimbing bakal-bakal pesara agar menjalani gaya hidup
yang sihat dan lebih teratur selepas tempoh persaraan. Dengan faktor usia yang semakin
meningkat, penjagaan tahap kesihatan yang rapi perlu diserapkan kepada bakal-bakal pesara
di samping perancangan kewangan yang perlu diambil kira. Secara keseluruhan program ini
akan dikongsikan oleh pelatih yang juga telah bersara mengikut fokus SPICES + F (Spiritual,
Physical, Intellectual, Career, Emotion, Social + Finance)
Want to explore this further?
This infographic highlights key insights connected to deeper learning and practical application. Discover programmes related to this topic or speak to us about how these insights can be applied in your organisation.
- β Programmes aligned with this infographic
- β Practical learning beyond the visual summary
- β Facilitator-led and evidence-informed approaches
- β Suitable for individuals & organisations